Saturday 13 August 2016

HARGA VISA UMRAH NAIK LAGI!!

                                     
                                         http://www.citratravel.com.my

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi akan menaikkan kadar caj visa haji dan umrah berkuatkuasa 2 Oktober ini.

Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet Arab Saudi pada Isnin.

Portal Saudi Gazette pada Rabu melaporkan, mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Putera Mahkota, Muhammad Naif pada Isnin.

Berdasarkan peraturan baharu itu, kemasukan pertama bagi jemaah haji dan umrah adalah percuma tetapi bagi kemasukan kedua mereka akan dikenakan bayaran 2,000 riyal (RM2,150).

Bayaran caj visa kemasukan pelbagai kepada rakyat asing turut dinaikkan iaitu 3,000 riyal (RM3,220) bagi tempoh enam bulan, setahun 5,000 royal (RM5,370), manakala dua tahun 8,000 riyal (RM8,597).
Caj bagi visa transit ditetapkan pada kadar 300 riyal (RM320)

Enggan Bersalaman Dengan Wakil Israel, Atlet Judo Mesir Dipuji



http://www.citratravel.com.my

ATLET judo Mesir, Islam El Shehaby menolak untuk bersalaman dengan wakil Israel pada Olimpik Rio.
Meskipun tewas kepada peserta Israel iaitu Or Sasson, namun wakil Mesir tersebut tetap dengan pendirian untuk tidak menghiraukan kehadiran Israel.
Ketegasan El Shehaby untuk tidak bersalaman pada permulaan permainan turut kekal hingga saingan tersebut ditamatkan.
Sebelum perlawanan tersebut bermula, sebuah siaran televisyen Islam, Mataz Matar menggesa El Shehaby menarik diri daripada berdepan wakil Israel yang dianggap tidak diiktiraf.
Atlet Mesir itu turut tidak melayan Persekutuan Judo Antarabangsa yang mahukan penjelasan berhubung insiden tersebut.
Ketegasan yang dipamerkan El Shehaby turut mendapat pujian netizen termasuk bukan Islam dari seluruh dunia.

Makkah untuk orang yang berduit..

HOTEL terbesar dunia dengan kemudahan 10,000 bilik tidur dan 70 restoran akan mula beroperasi di Mekah tahun hadapan.

Hotel bernama Abraj Kudai itu akan dibuka di Mekah pada tahun 2017, menawarkan tahap kemewahan yang belum pernah dilihat, untuk kegunaan pelancong dan golongan diraja di Arab Saudi.

Hotel tersebut yang menelan belanja kira-kira AS$3.6 bilion, juga menempatkan empat tapak pendaratan helikopter, lapor Guardian pada Jumaat.

Setinggi 45 tingkat, hotel yang mengambil konsep seni bina kubu padang pasir ini mempunyai 12 menara di atas podium 10 tingkat.

Ia turut menempatkan stesen bas, medan selera, pusat beli-belah dan dewan keramaian mewah.

Kedudukan hotel ini adalah sejauh dua kilometer dari Masjidilharam, yang setiap tahun menyambut kedatangan kira-kira 5 juta umat islam dari seluruh dunia, yang mahu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Bagaimanapun, terdapat lima tingkat dalam bangunannya tidak dibuka untuk rakyat biasa kerana ia eksklusif untuk kegunaan keluarga diraja Arab Saudi.
Abraj Kudai dibiayai Kementerian Kewangan Arab dan direka oleh kumpulan Dar al-Handasah.